Thursday, June 7, 2012

Menagis. :)



Tetiba di pagi yang hening nih, ecewah.. Rasa macam nak update blog.
Ekceli aku sekarang tengah berWhatsApp dengan ex-roomate matrik dulu, Farah.
Bercerita pasal crush memasih. Hahhahaahha ! Gosip mengenai diri sendiri. Update yang terbaru mengenai crush memasing. Ceh. Tenkiu cik Farah sebab melayan kerenah aku yang sibuk cerita pasal crush. Walaupun dia tak kenal crush aku sapa. Hahahaha. Tapi dia tau sape, cuma tak penah bersemuka. Yeyy ! Sape nak tau crush saya sapa ? Sila tanya dengan Cik Farah. Hahahaha.. :P

Okeh. Sekarang bukan nak update pasal crush, tapi tadi time berwassup dgn Farah, cerita pasal nagis menagis tagisan dan segala yang berkaitan dengan air mata. Haha !

Sebenarnya, dan sebenarnya saya, Nur Husnani adalah seorang yang sangat sensetif. Cuma buat-buat tak sensetif je. Hahahaha.. So, kekadang orang ingatkan aku ni macam KERAS. Padahal aku ni LEMBUT. Ewah. Haha.

Aku ni memang mengade skit. Kalau dulu sesiapa ah yang marah aku, komfemmm ! Air mata aku berjurai. Tapi tahankan je sebenornye. Tak nagis depan orang melaikan kalau memang dah tak tahan sangat. Hee. Penah sekali aku kene marah dengan lecturer ekonomi time matrik. Hari tu hari tak baik bagi aku kot.. Padahal ade je orang yang markah lagi rendah dari aku, tapi mungkin nama aku je yang dia nampak.. Terussssss. 'Segala kata cacian yang engkau berikan membuatku rasa kosong.. kosong..' haha. Dah ah lecturer tuh memang garang gilaaaaa. Serius garang. Kalau kelas dia je semua diam. Membisu.. Rasa macam kat sekolah rendah, sebab dapat cikgu garang gila. Padahal Pre U. Wkwk.. Aku tahankan je bila dia marah tuh. Kira cam senyum2 ah untuk sedapkan hati. Terusss dia attack. Terusss aku berubah air muka. Bila duduk je tempat aku, betakung je air mata ni haa. Tahankan.. Pastu mmg dia point and kondem aku je. Padahal aku dulu pnolong praktikum. Wkwkw.. Balik bilik, meraungg ! Wkwkw.. Ceh. Xde ah meraung pun.

Tu baru 1 kes, ada lagi satu kes.. Ni menagis kegembiraan ah nih. Di sebabkan terlalu sensetif, aku memang tak boleh kalau orang nyanyi lagu Happy Birthday kat aku.. Komfemmm mengalir dan dan tu jugak. Xde cover2. Hahaha. Sbb terharuuu ah. Hmm.. 1st dekat matriks jugak, dorang buat kad bebeso. 3 bilik bercantum. Haa. Datang je bilik terus nyanyi.. Ahahaha. Terus aku nagis. Pastu dorg plak yang pujuk aku jangan nagis. Padahal aku tak nak nagis pun.. Dah dia mengada nak mengalir. Haishhh ! And kali ke dua time kat S.Alam.. Yuha and Jimut sambut besday aku. Wkwkw. Padahal xde ape pun yang perlu disedihkan, tapi bila dorg nyanyi je mesti aku nagis. Ahaha.. Kekonon cam terharu ah.. Tapi memang terharu pun.. Sebab tu aku suka nyanyi time besday orang.. Tapi, kenapa dorang x menagis pun bila aku nyanyi ? Nampak sangat aku mengade. Wkwkw..

Lain kes, aku memang tak reti nak marah orang. Ni memang satu masalah dari dulu. Dulu ingat macam bagus ah. Kira macam sweet ah nani ni tak reti marah orang. Kononnye ! Tapi memang aku dulu xreti marah orang. Salah satu sebab aku tak reti marah sebab nanti akhirnya aku yang menagis. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin rasa bersalah. Ekceli bukan rasa bersalah pun. Rasa geram sebenarnya. Penah time aku jadi cikgu, well.. Kalau jadi cikgu macam pelik la kan kalau tak marah. Selagi aku boleh sabar, aku sabar ah. Marah pun marah2 manja je. Tapi ada 1 kes budak class buat hal. Tu memang aku terus tak boleh sabar. Terus aku menjerit macam orang gila. Terus satu kelas diam. Terus aku terdiam. Terus aku cakap, 'Tolong berambus dari kelas ni kalau nak memekak'. Terus aku minum air untuk kawal emosi aku. Terus air mata aku bergenang. Terus aku stop mengajar. Terus aku keluar kelas tanpa cakap apa-apa.. Gila bukan ? Sebab tu aku tak suka marah sebenarnya, sebab nanti aku yang xboleh kawal diri aku sendiri. :( Nanti aku menagis tetiba. Haish ! Tapi sekarang ni dah oke kot. Kot lah ! Hahaha.. 


Oke and last kes, time aku eksiden kat s.alam yang menyebabkan aku sekarang dah x reti nak lintas jalan. Haha ! Aku kan pergi berdua untuk membeli juadah berbuka puasa di Pasar Malam Seksyen 7. Dah siap beli juadah semua, lalu ah dekat zebra cross tuh. Depan kiteorg ade sepasang kekasih, rilek je lintas. Aku pon follow sebab memang lampu pejalan kaki hijau. Keta sume pun berhenti. Tetapi tah kenapa seorang hamba Allah ni tak reti nak break. Haish. Dah ah laju. Terus aku macam terkedu. Terus kawan aku terseret. Haishh ! Terus hantar pegi klinik. Klinik cakap takut patah. So, dia xberani nak buat apa2. Haaaa. Bila dia cakap patah tuh terus air mata aku berjurai jurai mengalir. Wkwkw. Padahal member aku ni rilek je. Dia pun pelik aku menagis. Hahahaha. Sedih kott. Aku bayangkan cane kalau patah ? Hwaaa. Terus aku call kawan aku nagis2. Hahahah ! Kelakar2. Tapi kawan aku oke je. cuma effectnya sekarang. Dia xboleh angkat berat sangat. Dulu xrasa macam tu. Hump !


oke. aku rasa macam da panjang sangat dah nih.
haha. ni baru cite pasal menagis. :P Tapi aku memang mudah menagis, cuma aku suka menagis sesorang, bukan sebab malu, tapi sebab aku lagi selesa macam tu. :) Haha ! Tapi sebenarnye nak orang pujuk. Tapi sebab tak reti nak suruh orang pujuk, so pujuklah diri sendiri. Wkwkwkw. ! :P Tak semua orang penah tengok aku menagis live tauuuu ! :P even bestfriend aku. Ahaha. Housemate aku pun takde sapa penah tengok aku menagis. Yeahhh ! :P So, kalau korang penah tengok aku nagis tu memang korang di antara orang yang paling bertuah ah dalam hidup aku. Kira macam spesial ah. :) Heee ~

oke oke.
papapapapaiiii ~ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...